Saturday, January 31, 2009

Ka-rocking kat Sunway Memang Besh

Pertama kali aku berkaraoke sampai berpeluh2...

huhuh.. best sangat... pegi dengan partner2 bisnes tu. ni aku nak jadi bisnesman plak..

2 jam kitaorang nyanyi worr.. syok.. cam2 lagu taruk.. daripada rock... slow.. sampailah ke dangdut.. - lagu goyang inul... Tuan aarr buat lawak nyanyi lagu tu.. tapi dia punya suara nyaring cam ppuan tu leh blah laa... ada la gaya ppuan.. masuk gak ngan lagu dangdut tuh...

hahah.. makan minum pon free.. orang belanja beb.. dalam bilik VIP dua jam.. sapa tak syok.. kehkehkeh..

nway... gua punya suara pun bukannya sedap sangat. tapi bleh la nak karaoke ngan membe2 lepas tension and apa2 tekanan yg ade....

Friday, January 30, 2009

Ulo Lenggong Hot Water - Very Ns

fuyoh.. seronok betul bila dapat mandi air panas..

tambah2 bila pegi ngan member2.. kalu pergi ngan family rasa laen macam aar..
so... memang terpaksa aku akui.. aku lebeh suka kuar ngan membe2 daripada ngan family kecuali atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan...

one thing yg aku hairan... takde ke manusia yg sanggup masuk dalam kolam no 1-kolam paling panas.. kalu ye pon ade mesti dia tu kulit biawak punya orang.. huhuh..

n 1 more.. budak2 laki2 yg pegi2 sana suka aar baling2 orang dalam kolam air panas tu.. target je sekor.. pastu.. 1... 2... 3... Splash...!!!! masuk cam badak terjun dalam kolam... aduyai.. takut aku tgk.. slamat membe2 gua baek pnya.... 

perjalanan pergi ke sana yg mengambil masa lebih kurang 2 jam tu amat memenatkan.. Disebabkan bawak moto malam2 and sejuk la plak malam tu... haiya... nasib baek buat convoy.. kalu jadi papa senang sket.. tolong menolong.. haha... takut tayar pecah tgh jalan la..

duit minyak moto je abeh waper banyak tatau wor.. tapi banyak gak la.. tapi tak nyesal la plak.. pasal sronok n puas ati.... 

So sapa2 yg tak pernah pegi sana.. try 0ut lor... 
rasa refreshed betul.. tapi heran aar.. duduk dalam tu lama2 aku punya nafas makin semput aar... tak leh duduk lama2 cam serap nyawa daripada badan aku je.. huhu....



Tuesday, January 27, 2009

Kat Bukit Mertajam Ramai Pendatang Asing?

Aku cam tak caye je..
bila masuk je The Store kat bukit mertajam tuh...
pergh.  ramai gila mat/minah indon + bangla and so on..

ade satu jalan tu memang tmpat pendatang je melintas.. dah la tadak lampu isyarat..
aku nyaris2 terlanggar 2 orang mamat indon...

gila2.. dah la jalan lebeh truk pada jalan kampung.. yg jalan2 besar tu ok la

lain2 tu banyak lobang2 and bonggol2...

hiya... saket pala p sana wor....

Monday, January 26, 2009

Solat Sunat Gerhana Matahari

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerna dapat aku menunaikan hasratku untuk menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari yg ku tunggu sejak Jumaat lalu...(aku ketahui semasa mendengar khutbah Jumaat-dikhabarkan ketika itu)

Gerhana Matahari yg bermula pada pukul 4.30 petang hingga pukul 6.00 tersebut melahirkan perasaan sayu dan insaf pada diriku..
menunjukkan betapa kerdilnya kita sebagai manusia di sisi Allah S.W.T..

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ )-dalam sebutan Qhauf- bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ )-dalam sebutan Kaf- bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Solat Sunat Gerhana Matahari tersebut aku tunaikan di Masjid Jamiul Badawi Kepala Batas..
Kaifiatnya agak berlainan dengan solat sunat yg biasa.. dilakukan secara luar biasa atas perkara yg luar biasa..

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)



Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.



5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

Itulah antara kaifiat solat sunat Gerhana Matahari

Walau bagaimanapun.. Solat Sunat Gerhana Matahari ini masih boleh dilakukan dengan cara kita melakukan solat sunat biasa.. iaitu satu rukuk dan satu kali Qiyam dalam 1 rakaat..
Dan tidak semestinya membaca surah yg panjang2 selepas setiap bacaan Surah Al Fatihah.. dibolehkan membaca apa2 surah...
Kemudiannya ia diteruskan dengan bacaan khutbah

Solat sunat ini adalah sunat muaakad bagi yg bermukim/bermusafir, merdeka atau hamba,lelaki atau perempuan,tua atau muda.. ia amat digemari oleh Rasulullah dan para Sahabat..

Kisah yg berlaku di zaman Rasulullah S.A.W

-iaitu ketika Rasulullah yg kematian anak yg disayanginya Ibrahim.. berlaku Gerhana Matahari.. lalu hebohlah oleh para sahabat bahawa Matahari menangis..

Tetapi Ketahuilah bahawa tidaklah berlaku gerhana itu atas kematian atau kehidupan seseorang

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Ini adalah sedikit sebanyak mengenai Solat Sunat Gerhana Matahari...

Sunday, January 25, 2009

Malu!!!!

Adeh.. saketnyer hatiku apabila ku mengharap bahawa borang yg ku isi selama setengah jam tersebut akan diterima oleh pihak hotel..

nak mintak keje laa.. Kat Hotel Seri Malaysia
baru je bukak kat kompleks dato' kailan, kepala batas tu..

sampai2 kat hotel tu nampak la 2-3 buah kereta.. and 2 buah moto...
perghh.. dalam hati ni sentiasa berdoa agar aku bakal diterima bekerja di sana...

akan tetapi.. pintunya tertutup rapat seaakan akan tiada sesiapa di dalamnya..
kemudian datang seorang jejaka dengan sebuah moto parking dengan rileknya di depan hotel tersebut...
dia bertanya kepadaku.. "Hang buat pa kat cni?"
aku berkata" nak mntak keja aar".. dia reply.." oowh nak mintak keja ek.. datang lain ari rabu nih.. sebab raya cina so dalam office tadak orang"

Jatuh air muka ku bagai air yg dicurah ke daun keladi..
hahahaha
sedeynya